Adakah kita ni Queen Control ?
Sunday, October 13, 2013 | 9:38 AM | 0 Cute
Assalamualaikum
Dah lama dah tak update kat sini kan? Haha, terasa kangan bangat sama blogku. Korang pernah bercinta tak? Mesti pernah kan? Sebenarnya bercinta itu tidak semestinya kita memilikinya. Kadang-kadang, kita jugak mestilah paham dan bagi ruang pada si dia untuk buat apa yang dia suka. Jadi, janganlah kita menjadi seorang yang mengongkong si dia kerana lama-lama si dia akan bertambah jemu dengan kamu. Cehh, haha. Dah2, jom tengok sikit cara-cara bagaimana korang ni suka mengongkong .
1. " Kalau awak nak keluar, pastikan awak keluar dengan saya jea tau! "
Haa, tengok . Tak bermaksud bila dia menjadi bf/gf korang, korang perlu ada dengan dia 24 jam jea kan? Korang pun kena lah paham and perlu jugak bagi ruang kat dia untuk dia keluar lepak2 dengan kengkawan dia, tak salah kan jika korang bagi si dia peluang dan ruang untuk dia spend time dengan member dia.
2. " Saya nak password facebook awak, tak kira! Nak jugakkk! "
Facebook adalah laman sosial penting bagi segala-galanya. Tak bermakna jika si dia tak bagi password facebooknya, dia curang di belakang kita. Namun begitu, si dia pun ada hak sama ada nak bagi password facebooknya pada korang or tak, so kita tak berhak nak memaksanyaa.
3. " Bukannya saya tak sayang awak, tapi saya tak suka awak berkawan atau bercampur dengan orang lain "
Yelaa, memang baguih lah kita menjaga kehidupan sosialnya tetapi siapalah kita untuk menghalangnya. Dia pun ingin juga bersosial seperti kamu jugak, tapi janganlah jika kita tak berkenan dengan member dia, kita memaksa si dia untuk menjauhkan diri dengan membernya itu. Mungkin dalam keburukan yang kita nampak adalah sebenarnya ada kebaikan disebaliknya. So, jangan terlalu mendesak.
4. " Kenapa lambat sangat balas SMS? Awak buat apa tadi? "
Lambat sikit si dia balas SMS, kita dah pikir lain. Jangan risau kerana tidak bermakna dia lambat balas SMS dia sudah melupakan kita. Kena ingat, maybe dia juga tengah busy time tuh. Elakkan lah daripada berfikiran seperti kebudak-budakkan dan berilah si dia sedikit ruang selain menghormati masanya. Barulah si dia akan berasa selesa apabila bersama dengan kita.
Bercinta tidak semestinya memiliki, and janganlah terlalu mengongkong pasangan korang takut nanti si dia akan bertambah bosan dengan korang.